PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa
dua (2) orang warganegara Malalysia telah terkorban dalam insiden letupan bom di
Daerah Ratchaprasong, Thailand pada hari Isnin, 17 Ogos 2015 yang lalu. Jenazah
mangsa, Mendiang Lim Saw Gek dan anak beliau, Mendiang Neoh Jai Jun, kini sedang
ditempatkan di Police General Hospital, Bangkok bagi urusan bedah siasat.

Dua (2) orang mangsa warganegara Malaysia juga telah dilaporkan tercedera dalam
insiden tersebut. Mangsa, Encik Tan Rui Hun, telah dimasukkan ke Hospital Hua
Chiew bagi menerima rawatan lanjut, manakala Cik Tan Kim Siok telah dibenarkan
keluar dari hospital setelah menerima rawatan.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang
bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memberikan bantuan konsular
kepada mangsa-mangsa serta pihak keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut.
Kementerian Luar Negeri ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan
ahli keluarga yang terlibat.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY