Duta Republik Cuba Puji Malaysia Hargai Dan Hormati Penyebaran Budaya

0
57

KUALA LUMPUR, 7 Okt  – BUDAYA…… Republik Cuba memuji Malaysia kerana menghargai dan menghormati penyebaran budaya negara lain di negara ini, kata dutanya di sini, Ibete Fernandez Hernandez.

Beliau berkata mereka menghargai sikap keterbukaan Malaysia dalam menerima amalan budaya Cuba di negara ini untuk sekian lama.

“Keutuhan dan tradisi bersatu untuk memelihara dan menyebarkan nilai budaya dalam manifestasi berbeza menerusi masyarakat kita…tarian, muzik, cerut Cuba, perpaduan serta kegembiraan rakyat Cuba dikenali di seluruh dunia,” katanya,

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari kebudayaan Cuba yang jatuh pada 20 Okt setiap tahun sebagai penghormatan kepada lagu kebangsaan Cuba, lagu ‘Bayamo’, sebuah lagu kebebasan yang pertama kali dinyanyikan pada 1968.

Kira-kira 100 tetamu menghadiri majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama  Persatuan Sahabat Cuba di Malaysia dan La Casa Divan Holding Sdn Bhd.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan sebuah kugiran Cuba serta demonstrasi seni kraf membuat cerut Cuba oleh Marleny Martin Montesino, pakar menggulung daun tembakau cerut Havana dengan pengalaman selama 32 tahun. – WD MY