PUTRAJAYA, 29 Julai – Ganti SPRM….Pengarah Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara, Datuk Dzulkifli Ahmad, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Dzulkifli yang dilantik dengan tempoh perjawatan sehingga 31 Julai 2021, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed yang tamat perkhidmatannya dan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Dzukifli diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selaras subseksyen 5 (1) Akta SPRM 2009.

Ali juga mengumumkan pertukaran Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen berkuat kuasa 1 Ogos ini, menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam. – WD MY

LEAVE A REPLY