KUALA LUMPUR, 26 Nov – Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, ECERDC hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Pengerusi ECERDC di bangunan parlimen disini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John serta anggota ECERDC lain.
?
Wilayah Ekonomi Pantai Timur, ECER berjaya menarik pelaburan swasta berjumlah RM84 billion sehingga November 2015. Pelaburan swasta itu merupakan 76% sasaran pelaburan ECER sebanyak RM110 billion menjelang tahun 2020. Ia dijangka mewujudkan 92,313 peluang pekerjaan.

?Antaranya sektor pembuatan adalah penyumbang terbesar pelaburan dengan RM46.3 billion diikuti pelancongan RM14.1 billion, Bio-ekonomi RM7.4 billion dan Minyak, gas & petrokimia RM5.2 billion. 

Jesteru itu untuk memacu transformasi di ECER, kerajaan memperuntukkan RM6 billion di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan Rancangan Malaysia ke-10 bagi pelaksanaan projek berimpak tinggi di ECER. 

Kesemua 67 projek di bawah RMK-9 telah siap dilaksanakan. Manakala 26 projek di bawah RMK-10 telah siap dan baki 20 lagi projek sedang dalam peringkat pelaksanaan.?-Sharini Abdulah/CF (WD MY)

?

LEAVE A REPLY