PUTRAJAYA, 4 Ogos – Ekonomi Malaysia secara asasnya masih kekal
kukuh tetapi prestasi ringgit banyak dipengaruhi oleh keadaan tidak menentu
ekonomi global.

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menyebut Greece dan
China sebagai dua negara yang produktivitinya telah turun tetapi ekonomi
Malaysia masih berkembang.

“Bukan hanya ringgit. Mata wang-mata wang dunia sedang bersaing dengan dolar
AS. Dolar AS meningkat berbanding kebanyakan mata wang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Kumpulan
Tumpuan Bajet 2016 yang bertemakan, “Meningkatkan Keterangkuman bagi
Kesejahteraan Rakyat”, hari ini.

Terdahulu hari ini, ringgit diniagakan pada 3.8665/8695 berbanding dolar AS
daripada 3.8510/8550 yang dicatatkan pada Isnin.

Ahmad Husni berkata spekulasi kemungkinan kenaikan kadar di AS telah
menjejaskan minat terhadap unit tempatan itu. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY