RIYADH, 23 April – Kembalikan….. Raja Arab Saudi, Raja Salman, mengeluarkan dekri diraja bagi mengembalikan elaun kewangan kepada kakitangan kerajaan dan anggota tentera yang dipotong dalam langkah penjimatan, September lalu.

“Raja memnggerintahkan semua elaun, faedah kewangan dan bonus dikembalikan kepada kakitangan awam dan anggota tentera,” kata dekri yang disiarkan di Ekhbariya TV.

September lalu, Arab Saudi memotong gaji semua menteri 20 peratus dan mengurangkan faedah kewangan kepada kakitangan sektor awam.

Ia adalah sebahagian daripada langkah negara yang kaya dengan minyak itu mengurangkan beban kewangan berikutan penurunan harga minyak.

Pemotongan itu adalah yang pertama membabitkan kakitangan kerajaan, iaitu kira-kira dua pertiga daripada golongan pekerja dalam kalangan rakyat Arab Saudi.

Sementara itu, gabenor bank pusat berkata, kadar defisit perdagangan Arab Saudi diramal mencatat penurunan tahun ini, malah menuju kepada lebihan, sekali gus menunjukkan arah kepada pemulihan ekonomi.

Timbalan Menteri Ekonomi berkata, Arab Saudi berjaya mengurangkan kadar defisit dalam tempoh suku pertama tahun ini kepada lebih separuh, berikutan perbelanjaan berhemat sektor awam. – WD MY