KUALA LUMPUR, MAC 2 – ELAUN…Elaun Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 berkuat kuasa semalam.

Ketua Sekretariat SL1M Norashikin Ismail berkata kenaikan ini ialah untuk meringankan beban pelatih di ibu kota.

“Kos sara hidup di ibu kota sangat tinggi dan dengan kenaikan ini, ia dapat meningkatkan semangat mereka untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kenaikan elaun tersebut semasa ucapan beliau pada Program Temuduga Terbuka SL1M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sehingga kini, 400 syarikat telah berkolaborasi bersama SL1M dan setakat Disember 2017, seramai 144,400 graduan telah dibantu melalui penglibatan secara langsung dan tidak langsung.-MY WD