KUALA LUMPUR, FEB 4: MAAF….”Terima kasih atas doa… Maaf andai kata mengguris mana-mana pihak.”

Mengangkat tiga metafora ketika mendendangkan lagu ‘berhantu’ Di Matamu yang dikatakan menceritakan kisah putus tunang dengan Elfira, Sufian mempertahankan aksinya bukan menyindir atau memperli sesiapa, sebaliknya sekadar memberi penghayatan mendalam terhadap lagu dinyanyikan.

“Ia lagu sedih dan berkait dengan kisah putus cinta di mana bukan saya saja yang pernah mengalaminya. Semua orang di pernah berhadapan situasi sama. Saya cuma menyampaikannya sebaik mungkin.

“Lampu ‘chandelier’, pelamin dan kain putih digunakan bagi menzahirkan penceritaan kesedihan lagu itu. Saya tidak berniat perli sesiapa sebaliknya teruja sehingga ada yang menitiskan air mata dengan persembahan itu.

Malam tadi, tidak lama selepas Sufian diumumkan memenangi trofi Persembahan Terbaik, netizen kecoh apabila tweet Elfira yang mendoakan kejayaan bekas tunangnya dapat menamatkan derita dan penceritaan hidupnya, tersebar.

Terdahulu, Sufian tampil di pentas AJL 33 mendendangkan lagu Di Matamu dengan penuh perasaan. Persembahannya yang dilengkapi props kain putih dan pelamin berhias bunga dan sofa pengantin, pantas mengusik emosi penonton sehingga ramai yang menitiskan air mata.

Sufian berkata, dia tidak berniat memalukan sesiapa dengan persembahan itu, malah tidak mengambil kesempatan daripada kisah cintanya yang berakhir dengan perpisahan.

“Saya kurang pasti mengenai hal itu kerana tidak melihat pelamin artis lain. Malah, saya difahamkan, penyanyi Yuna pernah menggunakan khidmat pereka pelamin yang sama,” katanya.-MY WD