MELAKA, 15 Dis – Sebanyak 421 mangsa daripada 101 keluarga masih
ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir di negeri ini setakat 4 petang
tadi, kata Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Melaka Effendy Ali.

Beliau berkata bagi daerah Alor Gajah sebanyak 204 orang ditempatkan di
Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Balai Raya Kampung Bukit Balai (17) dan
Balai Raya Kampung Panchor (10).

Katanya bagi daerah Melaka Tengah, sebanyak 190 mangsa banjir daripada 46
keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan
Krubong.

“Dua pusat pemindahan banjir di daerah Alor Gajah iaitu Dewan Al-Rasyidin
dan Balai Raya Kampung Beringin masing-masing ditutup pada 1.25 tengah hari
dan 3 petang tadi.

“Di daerah Melaka Tengah pula, pusat pemindahan banjir di Balai Raya
Kampung Tanah Merah Krubong ditutup pada 2 petang,” katanya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY