KELANA JAYA, 23 Jan – Empat…… Seperti dijangka, empat tokoh dicalonkan 20 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk merebut jawatan presiden badan induk itu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, 25 Mac ini.

Empat tokoh itu ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, jumlah pencalonan untuk semua tokoh terbabit tidak didedahkan.

Pengumuman untuk pencalonan bagi jawatan terbabit diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin berkata, FAM akan menyerahkan surat pengesahan pencalonan bagi jawatan itu kepada semua calon dalam masa terdekat.

“Mereka perlu membuat keputusan sama ada mahu bertanding ataupun tidak sebelum 13 Februari dan calon akhir akan dibentangkan dalam Mesyuarat EXCO.

“Senarai calon akhir yang akan bertanding pula akan diumumkan pada 20 Februari ini,” katanya. – WD MY