KOTA KINABALU, 12 Jan- Empat individu termasuk tiga anggota polis ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan kes culik seorang wanita di Lahad Datu, 6 Januari lalu.

Kesemua suspek ditahan semalam di sekitar sini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abdul Rahman, suspek ditahan antara pukul 10:30 pagi hingga 6:30 petang semalam.

Polis turut merampas dua laras senjata api MP5 dan selaras M16 milik PDRM.

Turut dirampas sebuah kenderaan Ford Ranger dan Perodua Viva serta wang tunai kira-kira RM8,100.

Kes disiasat di bawah seksyen 3 Akta Penculikan 1961.

Wanita itu mendakwa dirinya diculik di Kampung Silam, Lahad Datu kira-kira pukul 10 malam, Rabu lalu. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY