KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Kawasan Terjejas….. Tahap kualiti udara di empat kawasan mencapai tahap tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101 setakat jam 7 pagi ini dengan Nilai mencatatkan bacaan paling tinggi.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merekodkan bacaan 123 diikuti Shah Alam (104), Putrajaya (103) dan Banting (101).

Sementara itu, 23 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan IPU antara 51 hingga 100, manakala 23 kawasan lagi mencatatkan IPU baik di bawah 50. – WD MY

LEAVE A REPLY