TANJUNG MALIM, 31 Jan – Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti empat bandar akan ditukar menjadi Bandar Belia 1Malaysia (1MYC) dengan Tanjung Malim dan Putrajaya menjadi perintis kepada pelaksanaannya tahun ini.

Ia akan disusuli di Tuaran, Sabah dan Lundu, di Sarawak pada tahun depan atau 2018.

Menurut menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata konsep bandar yang mesra belia itu bertujuan menarik golongan muda mendiami kawasan itu dengan pelbagai kemudahan akan disediakan untuk mereka.

Katanya, antaranya liputan perkhidmatan 4G, pusat seni selain akan turut membina Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Namun, jangan salah faham, 1MYC bukan bermaksud kita mewujudkan sebuah bandar baharu, tetapi mentransformasikan bandar sedia ada kepada 1MYC,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya akan membina tiga aplikasi iaitu Kepochi, borang-e, dan Teduh.

Semua aplikasi ini akan dilancarkan di platform Android dan iOS pada bulan ini atau bulan depan. – Sofea NawarT (WD MY)

LEAVE A REPLY