KHOBAR, 5 Nov – TAHAN….. Kerajaan Arab Saudi menahan empat menterinya sebagai sebahagian kempen antirasuah, lapor stesen Al Arabiya TV hari ini.

Laporan Al Arabiya menyatakan, jumlah terbaru menyaksikan bilangan putera diraja yang ditahan meningkat kepada 11.

Terdahulu, ia melaporkan 10 putera dan puluhan bekas menteri ditahan menerusi jawatankuasa baru antirasuah diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang dibentuk perintah kuasa diraja semalam. – WD MY