Empat Model Baharu Motosikal Di Bawah MFORCE Bike

0
174

KUALA LUPUR, 10 Nov – EDAR…… Pengedar bagi dua jenama antarabangsa iaitu Benelli dan Keeway, MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan empat model baharu untuk pasaran Malaysia.

Daripada empat model yang diperkenalkan hanya satu daripadanya menerusi label Benelli iaitu Leoncino500 iaitu legenda Itali yang tampil dengan reka bentuk klasik, teknologi moden dan bergaya.

Leoncino dengan gaya estetik scrambler klasik, dilengkapi dengan teknologi yang moden seperti menggunakan durable liquid-cooled 500cc 4-lejang berkembar yang mampu menghasilkan 48 kuasa kuda (hp) pada 8500 rpm, Wet-sump lubrication, suntikan bahan api elektronik, DOHC, silinder 4 injap, klac dan kotak gear 6-kelajuan kotak gear.

Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Merah Leoncino dan Hitam Vulcan, manakala harga pasaran tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM27,999.


Harga jualan tidak termasuk GST

  • Benelli Leoncino – RM27,999
  • Keeway Patagonian Eagle – RM9,388
  • Keeway K-light 202 – RM8,588
  • Keeway Café Racer 152 – RM6,150

Bagi memeriahkan pasaran, Mforce Bike Holdings memperkenalkan tiga model Keeway iaitu Patagonian Eagle 250, K-light 202 dan Café Racer 152.

Tiga model Keeway

Patagonian Eagle tampil dengan reka bentuk Chopper dan dilengkapi dengan silinder berkembar, enjin penyejukan cecair berkuasa 249cc yang menghasilkan kuasa 13kW pada 8,000 rpm.

Ia ditawarkan dengan dua warna iaitu Hitam Matte dan Merah Metallic Matte, manakala harga pasaran tidak termasuk GST adalah RM9,388.

Bagi iaitu K-light 202, motosikal yang berasaskan reka bentuk era 50-an dan 60-an ini dilengkapi dengan beberapa komponen yang unik seperti instrumentasi pelbagai mod iaitu rupa bentuknya nampak antik tetapi moden, kawalan piggyback shocks yang selesa, kejuruteraan menakjubkan dan ekzos yang unik dan berkuasa.

Terdapat dua jenis pilihan warna K-Light iaitu merah dan hitam, manakala harga pasaran tidak termasuk GST adalah RM8,588.

Model Keeway terakhir diperkenalkan adalah Café Racer 152, motosikal retro yang sesuai untuk jiwa pelbagai peringkat umur.

Menggunakan enjin satu silinder 2-lejang dan 2-injap berkapasiti 149cc, Café Racer ini mampu menghambur kuasa 8.5kW pada 8,500 rpm dan tork puncak 11.1Nm pada 6,000 rpm.

Café Racer ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan biru, sementara harga pasaran tidak termasuk GST ialah RM6,150. – WD MY