KUALA LUMPUR, 1 Mei – Najib Terima Kunjungan Dari Empat Pemimpin Gereja…… Perdana Menteri, mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin Gereja St Thomas Mar Thoma, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Pertemuan kira-kira 10 minit itu diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak merasmikan sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan.

Presiden gereja itu, Philip Simon, berkata pertemuan berkenaan untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang membantu mereka memperbaharui geran tanah tapak gereja itu untuk tempoh 30 tahun lagi, baru-baru ini.

“Kami amat gembira kerana walaupun penganut Kristian di negara ini minoriti, tetapi kebajikan kami tidak pernah diabaikan kerajaan.

“Di Malaysia, rakyat hidup harmoni walaupun berbeza bangsa dan agama,” katanya kepada media selepas pertemuan berkenaan. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY