Eric Liew minta maaf komen biadab kepada Sultan Muhammad V

Eric Liew minta maaf komen biadab kepada Sultan Muhammad V

861
0

KUALA LUMPUR, JAN 7: MOHON MAAF….Individu yang menggunakan akaun Facebook Eric Liew memohon maaf terhadap komen jelek yang dilakukan beliau terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Dalam satu hantaran, Eric Liew berkata, beliau telah membuat komen yang tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V.

“Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari. Saya telah menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

“Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya,” kata Eric Liew.-MY WD