GEORGETOWN, 15 Okt – ETS Ke Thailand…… Pihak Kementerian Pengangkutan merancang memperluaskan jaringan sistem Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke negara jiran, Thailand, membabitkan laluan Kuala Lumpur dan Hatyai.

Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata projek kerjasama antara dua negara itu sudah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

“Ketika ini kita sudah mengadakan perbincangan bersama kerajaan Thailand, malah kerajaan Thailand juga berbesar hati mengutamakan projek kereta api ini dalam pelan ekonominya.

“Kita jangkakan, projek ini juga bakal merancakkan lagi ekonomi kedua-dua negara, terutamanya dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan MCA negeri, hari ini.

Perkhidmatan ETS oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bermula 10 Julai tahun lalu, menyediakan laluan ekspres Kuala Lumpur-Padang Besar. – WD MY