IPOH, 10 Julai – Tahan…. Polis menahan seorang anggota exco Perak yang dikaitkan dengan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap pembantu rumahnya.

Ketua Polis Perak Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata anggota exco berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan kita,” katanya ketika dihubungi media di Ipoh hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkaitan penangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga Indonesia, membuat laporan polis di Balai Jelapang di sini Isnin lepas, mendakwa dirogol anggota exco berkenaan di rumahnya, dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – WD MY