PETALING JAYA, 17 Mei – Drama Politik….. Parti yang tiada satu pun yang memberi sumbangan kepada rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengarahkan semua lantikan politik dari parti itu di kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

SELAKU Presiden Parti berkenaan, Wan Azizah menjelaskan bahawa perkara itu sudah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

“PKR telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan untuk melepaskan jawatan terbabit berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan kenyataan kepada media selepas tamat mesyuarat Biro Politik PKR di ibu pejabat parti itu, malam tadi.

Mengenai kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, Wan Azizah berkata, ia turut dibincangkan pada mesyuarat itu.

“Bagaimanapun, ia akan diputuskan pimpinan PKR bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekembalinya beliau daripada lawatan rasmi ke luar negara,” katanya.

PKR juga, katanya, menerima keputusan PAS untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan parti itu.

Namun, beliau berkata, PKR menolak alasan yang diberikan.

Selain itu, Wan Azizah berkata, PKR akan segera mengatur langkah selanjutnya bersama Pakatan Harapan dan sekutu lain yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. – WD MY