GEORGETOWN, 11 Jun – Gagal Hadir Ke Sesi Debat………. Parti GERAKAN negeri kecewa apabila EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Awam Pulau Pinang, Lim Hock Seng, gagal menghadiri debat bagi menjelaskan isu terowong dasar laut, hari ini.

Menurut Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN negeri, Jason Loo, tindakan Hock Seng itu mencerminkan sikap pengecut dan tidak bertanggungjawab kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Saya menganggap tindakan Hock Seng ini penakut dan mahu melarikan diri. Adakah beliau mahu melindungi kesalahan yang dilakukan kerajaan negeri?,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Lebih 100 penduduk Pulau Pinang daripada pelbagai latar belakang menghadiri program debat yang diadakan di sebuah restoran di Jalan Logan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mereka terpaksa menunggu selama setengah jam sebelum Loo mengumumkan secara rasmi ketidakhadiran EXCO berkenaan.

Selasa lalu, Loo menghantar surat jemputan debat kepada Hock Seng di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). – WD MY

LEAVE A REPLY