KUALA LUMPUR, 9 OGOS – RASMI….. PH tidak pernah melantik atau memberi mandat kepada mana-mana pihak untuk menjadi media sosial rasmi gabungan itu, kata Ketua Setiausaha Sekretariatnya, Saifuddin Abdullah.

Dalam kenyataan ringkas malam ini Saifuddin berkata ada pihak tertentu yang mendakwa mendapat mandat daripada PH untuk menjadi pengendali media sosial rasmi parti kerajaan.

“PH tidak pernah melantik atau memberi sebarang mandat kepada mana-mana pihak untuk menjadi media sosial rasmi,” katanya.

Terdahulu Saifuddin yang juga menteri luar memberitahu, sebuah akaun Facebook menggunakan nama RF8 Army Youth Media muncul membuat dakwaan berkenaan.

Semakan mendapati akaun tersebut mendakwa mereka merupakan sayap atau struktur yang dipersetujui oleh sekretariat RF8 untuk belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menyokong Ketua Pemuda PH dan kerajaan.

Bagaimanapun akaun yang dibuka pada 15 Julai lalu memaparkan banyak kesalahan bahasa dan ejaan dalam hantaran mereka. – WD MY