SAN FRANCISCO, 12 Jan – UBAH…. Pihak Facebook Inc akan mengubah formatnya dengan memberi penekanan kepada ‘interaksi sosial lebih bermanfaat’.

Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, hari ini berkata, Facebook format baharu kurang memaparkan berita dan perkongsian yang disifatkan pengkritik mengundang ketagihan.

Menurutnya, status perkongsian di Facebook bakal menjalani perubahan besar yang mungkin menyebabkan pengguna kurang menghabiskan masa melayani laman web berkenaan, namun dilihat lebih memberi manfaat buat pengguna dan perniagaan untuk jangka masa panjang. – WD MY