BERA, 14 Mac  – Kerajaan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian P?ersekutuan (FAMA) membeli hasil pertanian keluaran petani dan peladang mengikut ?harga lantai seperti ditetapkan bagi menjamin hasil pertanian dapat dipasar dengan baik.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata secara tidak langsung ia mampu mengelak harga hasil pertanian di permainkan oleh orang tengah dan mengatasi lambakan hasil pertanian.

Tegasnya, langkah itu dapat membantu menstabilkan pendapatan petani agar mereka tidak menghadapi masalah ketika harga hasil pertanian turun atau berlakunya lambakan hasil pertanian.

“FAMA akan memulakan program pembelian segala hasil pertanian mengikut harga lantai bermula Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) setelah beberapa perkara
penting mengenai harga barangan selesai.

FAMA sudah memulakan pembelian hasil pertanian mengikut harga lantai untuk beberapa jenis hasil pertanian  buah-buahan tempatan seperti durian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Pertanian, Perikanan, Penternakan dan Produk Makanan di Balai Raya FELDA Tementi.

Mengulas lanjut Ismail Sabri memberikan contoh jika sekiranya harga durian jatuh lima puluh sen sebiji, maka FAMA akan membeli dengan harga lebih tinggi.

Tambah beliau, bagi mengurangkan masalah lambakan hasil pertanian, FAMA turut diminta menyediakan program pemprosesan buah-buahan berkenaan untuk dijadikan
makanan ringan, minuman dan sebagainya.

Dalam pada itu beliau berkata, kementeriannya akan mohon peruntukan tambahan bagi membolehkan lebih banyak program pembangunan pertanian terutamanya membabitkan projek ternakan pawah haiwan serta projek perikanan dalam  RMK11 dapat dilaksanakan secara lebih meluas untuk kepentingan rakyat.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY