PUTRAJAYA, 18 April – Sasarkan…. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk menjadi sebuah badan multinasional bagi memasarkan produk agro makanan dan pertanian menjelang 2050.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata melalui perancangan Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017, agenda itu pasti dapat dicapai bagi memperkasa golongan petani dengan kaedah pertanian moden supaya dapat bersaing setanding dengan petani di negara maju.

Beliau juga yakin melalui pertanian moden, negara akan dapat mengeluarkan jumlah hasil yang banyak dan tidak lagi perlu mengimport bekalan makanan, sebaliknya berbekalkan teknologi dan kepakaran bidang pertanian moden, Malaysia boleh menjadi antara pengeksport utama makanan dunia. – WD MY