KAHERAH, 12 Okt –¬†PENDAMAIAN……. Parti yang bertelagah di Palestin, Fatah dan Hamas, memeterai perjanjian damai hari ini dengan kehadiran pegawai perisik Mesir, menurut video yang disiarkan media Palestin.

Ia ditandatangani oleh Timbalan Ketua Hamas yang baharu, Salah al-Aruzi dan ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmad, kata sumber kedua-dua pihak dalam rundingan itu.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak akan menyerahkan tanggungjawab bagi lintasan sempadan Rafah di Gaza kepada kerajaan perpaduan pada 1 November ini, kata sumber.

Fatah dan Hamas juga bersetuju menyerahkan kawalan pentadbiran Gaza kepada kerajaan perpaduan selewat-lewatnya 1 Disember ini. – WD MY