OKLAHOMA, 26 Okt – Buru…… Pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memburu seorang lelaki yang dikatakan mereka merompak sebuah bank di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) ketika memakai baju-T dengan gambar seekor kucing.

FBI berkata, rompakan itu berlaku tengah hari kelmarin di bank BancFirst di sini, terletak 32 kilometer di selatan Oklahoma City.

Ejen khas bertugas, Kathryn Peterson berkata, seorang lelaki berjalan masuk ke dalam bank dan memberi juruwang nota menuntut diberi wang, kemudian melarikan diri bersama wang tunai terbabit.

Peterson berkata, nota terbabit mengatakan lelaki itu memiliki senapang, namun tiada senjata dilihat.

FBI berkata, suspek memakai baju- T hitam memaparkan seekor kucing sedang bergambar untuk masuk penjara.

Biro itu berkata, suspek perompak turut memakai kaca mata hitam dan seluar pendek. – WD MY