KUALA LUMPUR, 23 Mei – Festival Amerika Latin……..Festival Amerika Latin Ke-8 berlangsung di BB Park, Bukit Bintang semalam bagi membolehkan warga kota mengalami pengalaman serta menghayati kebudayaan dari rantau itu.

Festival penuh berwarna-warni itu bukan sahaja menyajikan makanan, pakaian, kraf serta muzik tetapi berkongsi semangat sukan Olimpik dengan rakyat negara ini.

Ia bersempena pemilihan Brazil sebagai hos sukan Olimpik tahun ini.

Festival ini dianjur oleh Kumpulan Negara Amerika Latin dan Caribbean di Malaysia dengan kerjasama Plaza Low Yat dan Persatuan Latin Amerika Wanita Malaysia.

Acara ini juga disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL, bertujuan mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan negara penganjur.

Majlis Olimpik Malaysia, OCM juga menyertai festival ini dengan mempamerkan penyertaan Malaysia dalam acara sukan terbesar dunia itu.

“Ia adalah peluang yang baik untuk mengetahui kebudayaan kaum dari rantau negara kami, kedutaan kami mempunyai gerai makanan di sini, dan anda juga boleh menikmati muzik dan tarian dari pelbagai negara,” kata Dekan Negara Amerika Latin & Caribbean Malaysia, Manuel Guzman.

“Ia adalah acara yang menarik dengan menampilkan warga Amerika Latin di Kuala Lumpur, dan kami berasa bangga untuk mempamerkan produk Amerika Latin kepada semua yang menikmati festival ini,” kata Duta Peru ke Malaysia, Guido F. Loayza.

Selain warga tempatan, pelancong asing turut menikmati sajian dan persembahan dalam festival ini serta menyertai cabutan bertuah yang membolehkan mereka memenangi hadiah tiket ke Amsterdam, tablet dan juga telefon bimbit pintar.

Semua sumbangan yang dikutip melalui festival ini akan disalur kepada Kirtarsh Home, sebuah rumah kebajikan yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak istimewa dan kurang bernasib baik. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY