HAVANA, 20 April – Ucapan Berkenaan Mati…… Bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro muncul daripada pengasingan diri dan mengeluarkan kenyataan membabitkan kematian serta memberikan galakan kepada pengikutnya, dalam satu ucapan yang jarang berlaku pada penutup kongres Parti Komunis di sini.

“Tidak lama lagi saya memasuki usia 90 tahun,” katanya.

“Tidak lama lagi nasib saya sama seperti yang lain. Giliran setiap individu akan tiba,” kata Castro yang menyambut hari lahir pada 13 Ogos ini kepada 1,300 aktivis parti yang berhimpun di sebuah pusat konvensyen Havana.

Laungan “Fidel, Fidel” kedengaran sekali lagi ketika pemimpin yang kini uzur itu menampilkan diri – paling lama sejak bertahun-tahun – dengan memberi ucapan mengandungi mesej kuat dalam keadaan suara yang serak.

“Mungkin ini adalah kali terakhir saya berucap dalam bilik ini,” kata Castro yang memakai jaket, cermin mata dan dengan janggut beruban.

“Idea Komunis Cuba akan kekal. Sebagai bukti atas planet ini bahawa jika kamu bekerja kuat dengan bermaruah, kamu boleh menghasilkan bahan dan barangan kebudayaan yang diperlukan manusia,” katanya. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY