FLAT ROCK, Michigan, 4 Jan – Batal……. ¬†Ford Motor Co mengumumkan ia akan membatalkan rancangan membina kilang bernilai AS$1.6 bilion (RM7.18 bilion) di Mexico dan akan melabur AS$700 juta (RM3.14 bilion) di sebuah kilang Michigan, selepas dikritik hebat oleh bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai pelan pelaburannya di Mexico.

Pengeluar kereta kedua terbesar di AS itu berkata, ia akan membina kenderaan elektrik, hibrid dan kenderaan autonomi baharu di kilang di Flat Rock, Michigan.

Ketua Eksekutif Ford, Mark Fields, berkata keputusan membatalkan pembinaan kilang baharu di Mexico itu sebahagaiannya berkaitan keperluan untuk “menggunakan sepenuhnya kapasiti di kemudahan sedia ada” berikutan penurunan jualan kereta bersaiz kecil dan sederhana seperti Focus dan Fusion.

Field juga meluluskan dasar cukai dan perundangan “pro-pertumbuhan” yang diiperjuangkan oleh Trump dan Republikan yang mengetuai Kongres.

Semasa kempen Pilihan Raya AS, Trump berulang kali berkata bahawa jika terpilih sebagai Presiden AS, beliau tidak akan membenarkan Ford membuka kilang baharu di Mexico yang beliau panggil “kehinaan mutlak” dan akan mengenakan cukai yang berat terhadap kenderaan Ford yang diimport.

Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford Jr, memberitahu pemberita bahawa beliau telah bercakap dengan Trump untuk memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu.

Sumber Ford berkata, keputusan itu dipengaruhi oleh matlamat dasar Trump seperti menurunkan cukai dan peraturan tetapi tiada rundingan antara Ford dan Republikan mengenai keputusan untuk membatalkan kilang Mexico atau melabur di Michigan.

Semalam juga, Trump mengancam untuk mengenakan “cukai sempadan besar” terhadap General Motors Co kerana membuat menghasilkan sebahagian kereta Chevrolet Cruze keluarannya di Mexico. – WD MY