NOUAKCHOTT, 4 Mac – SERANGAN….. Gabungan al-Qaeda yang berpangkalan di Mali mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan di ibu negara Burkina Faso, Ouagadougou yang mengorbankan lapan orang di ibu pejabat tentera dan kedutaan Perancis, menurut agensi berita Mauritania, Alakhbar.

Kumpulan Jama’a Nusrat ul-Islam wa al-Muslimin (JNIM), sering menggunakan Alakhbar bagi menyampaikan pengakuan bertanggungjawab menyerang sasaran awam dan tentera di seluruh wilayah Sahel di Afrika Barat.

Alakhbar, yang memetik satu rakaman kumpulan itu, melaporkan serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan salah seorang pemimpin JNIM, Mohamed Hacen al-Ancari, dalam serbuan oleh tentera Perancis baru-baru ini.

Penyerang membunuh lapan orang dan mencederakan ramai lagi dalam serangan terancang itu. – WD MY