SYED SADDIQ BERI AMARAN KEPADA MEDIA ISU GAMBARNYA

SYED SADDIQ BERI AMARAN KEPADA MEDIA ISU GAMBARNYA

174
0

KUALA LUMPUR, 16 Okt – AMARAN……. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran kepada pengamal media agar berwaspada ketika melaporkan berita beliau tidak berbaju di dalam tab mandi yang dimuat naik ke media sosial.

Sebaliknya beliau menasihati  media  sepatutnya membuat liputan mengenai isu yang lebih penting dan bukannya bertanyakan soalan yang remeh.

“Buat liputan isu yang lebih penting. Saya rasa itu lebih baik. Media perlu berhati-hati tentang laporannya,” kata Syed Saddiq kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila sesetengah  netizen merasakan foto yang beliau paparkan di akaun Twitter dan Instagramnya Sabtu lalu itu tidak wajar datang daripada seorang menteri.

Gambar itu menunjukkan beliau menjalani terapi ais selepas perlawanan persahabatan bola sepak pada acara Hari Sukan Negara.

Mungkin menyedari tindakannya itu tidak disenangi netizen, Syed Saddiq membuat keputusan memadam gambar tersebut. – WD MY