Kuala Lumpur, 11 Mac – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bahawa beberapa kawasan seperti yang dinyatakan di bawah akan mengalami gangguan bekalan air sementara berikutan dari kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:-
 
1)     Kerja Penukaran Injap Kekupu 500mm di atas S-Bend Jambatan Seri Muda Seksyen 25, Shah Alam.
TARIKH/MASA GANGGUAN
16 Mac 2015 (Isnin), 9:00 malam hingga 6:00 pagi keesokan harinya,
17 Mac 2015 (Selasa).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Seluruh Kawasan Seksyen 25, Shah Alam.
 
2)     Kerja Penukaran Injap Kekupu 450mm di Simpang Taman Sentosa Off Jalan Raja Nong, Kg. Jawa, Klang
TARIKH/MASA GANGGUAN
16 Mac 2015 (Isnin), 9:00 malam hingga 11:00 pagi keesokan harinya,
17 Mac 2015 (Selasa).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Taman Sentosa; Jalan Raja Nong; Specialist Medical Centre; Jalan Sungai Jati; Taman Bijaya dan Sekolah Menengah Tinggi Hishamuddin.
 
3)     Kerja Penukaran Injap Kekupu 600mm di Taman Cempaka, Ampang, Wilayah Kuala Lumpur
TARIKH/MASA GANGGUAN
16 Mac 2015 (Isnin), 9:00 malam hingga 9:00 pagi keesokan harinya,
17 Mac 2015 (Selasa).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Pandan Jaya; Pandan Utama; Pandan Cahaya; Taman Bakti; Taman Cempaka; Taman Cahaya; Taman Nirwana; Taman Dagang; Taman Putra Sulaiman dan Sebahagian Kampung Pandan Dalam – Keseluruhan Jalan Pandan Kemajuan (Jalan A).
 
4)     Kerja Penukaran Injap Kekupu 450mm di Taman Sri Sinar, Segambut, Wilayah Kuala Lumpur.
TARIKH/MASA GANGGUAN
16 Mac 2015 (Isnin), 9:00 malam hingga 12:00 tengahari keesokan harinya,
17 Mac 2015 (Selasa).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Kompleks Kediaman Kerajaan Jalan Duta; Duta Kensington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Segambut Dalam; Segambut Tengah; Segambut Bahagia; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Bukit Prima Pelangi; Jalan Kelapa Bulan; Jalan Kelapa Hijau; Jalan Kelapa; Sunrise, Montkiara; Sri Sinar; Sri Bintang; Bukit Sri Bintang; Taman Prima Impian dan Anjung Tiara.
 
Para pengguna dinasihatkan agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara iniserta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
 
Para pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini disarankan untuk melayari laman sesawang SYABASiaitu www.syabas.com.my;atau melayari laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.  Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS (melalui Google Playstore dan Appstore) untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan yang berlaku.- Faizal Dato Badarudin (WD MY)
 

LEAVE A REPLY