GANGGUAN BEKALAN AIR DI PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT & SEPANG

GANGGUAN BEKALAN AIR DI PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT & SEPANG

494
0

KUALA LUMPUR, OKTOBER 2:BEKALAN AIR…Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 9 Okt ini berikutan kerja penggantian peralatan di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Ketua Jabatan Pengagihan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Kelvin Siew Weng Hoe berkata, kerja penambahbaikan itu melibatkan penukaran meter air di loji berkenaan yang sudah berusia lebih 20 tahun.

Menurutnya, tempoh pemulihan semula bekalan air di kawasan-kawasan terlibat juga adalah berbeza mengikut lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

“Gangguan bekalan air dijangka bermula pada pukul 9 pagi (9 Oktober) dan kita jangkakan tempoh gangguan bekalan ini bakal berlanjutan selama 30 ke 72 jam mengikut kawasan.

Pihak Air Selangor juga akan meletakkan tangki statik dan membuka Pusat Khidmat Setempat (PKS) bagi membantu pengguna di kawasan yang terlibat,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media mengenai perkara itu di sini┬áhari ini.-MY WD