KUALA LUMPUR, 24 Mac – Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran air mentah dan
penutupan rumah pam.

Menurut Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata penutupan LRA
Sungai Semenyih pada 8.30 malam 19 Mac lepas menyebabkan gangguan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Sehingga 8 pagi hari ini, hanya 32 kawasan (15,596 pintu rumah) daripada 209 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang masih dalam pemulihan bekalan
air. Namun, situasi bertambah baik dengan tahap pemulihan bekalan air mencapai
99.9 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan situasi terkini, Syabas menjangkakan bekalan air di kesemua kawasan ini akan pulih sepenuhnya menjelang lewat malam esok.

Priscilla berkata bekalan air di Wilayah Petaling, Sepang dan Kuala Langat pula pulih sepenuhnya pada 23 Mac selepas gangguan bekalan air di 13 kawasan di
Wilayah Kuala Lumpur akibat penutupan operasi rumah pam Perkuat Kuari, Cheras pada 22 Mac lepas.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai
gangguan bekalan air daripada Pusat Panggilan Syabas (Puspel). – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY