KUALA LUMPUR, 2 Mac – GD Express Carrier Bhd Malaysia menandatangani perjanjian kerjasama perniagaan dengan PT Pos Indonesia untuk meningkatkan perdagangan rentas sempadan antara kedua-dua entiti dan terus meneroka sinergi lain.

PT Pos Indonesia, merupakan entiti milik negara Indonesia, mempunyai
rangkaian yang luas di negara itu, manakala GD Express mempunyai rangkaian yang
komprehensif di Malaysia, kata GD Express.

“Kerjasama tersebut akan mewujudkan lebih banyak nilai untuk masyarakat
dengan menyediakan hubungan lebih baik antara kedua-dua negara,” katanya dalam
kenyataan.

Melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak akan berkembang dengan menyediakan
perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat di Indonesia, katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY