KUALA LUMPUR, 15 Jan – Percuma….. Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang
menyediakan kemudahan gelangang futsal secara percuma buat warga kota dalam masa
terdekat.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inisiatif berkenaan bakal dilaksana bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain meringankan beban kewangan generasi muda dalam menjalankan aktiviti sukan.
“Kerajaan peka dengan kekangan kewangan dan kos sara hidup di bandar yang
semakin meningkat, jadi kemudahan seperti ini semuanya bagi membantu rakyat
menjalani hidup dengan lebih baik.
“Cadangan ini pada mulanya timbul apabila ada anak-anak muda di Putrajaya
mengadu sukar nak bermain futsal di situ kerana kena bayar, tunggu giliran
terlalu lama dan sebagainya jadi dalam masa sama kita akan laksanakan di Kuala
Lumpur juga,” katanya selepas merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah
Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata lebih 8,000 bendera akan diedarkan kepada premis
perniagaan di sekitar ibu kota dalam menyemarakkan sambutan Hari Wilayah pada 1
Feb ini.
“Sambutan diadakan secara lebih sederhana tahun ini melalui anjuran lebih 30
program dengan pengisian yang lebih dekat dengan komuniti,” katanya.
Menurut Tengku Adnan, peruntukan untuk sambutan pada tahun ini juga
dikurangkan berikutan kekangan kewangan dihadapi negara.  – WD MY