KUALA LUMPUR, 5 Mac – Sederhana….. Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 8.08 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa itu adalah 22 kilometer di selatan Surigao City, Filipina dan 921 kilometer timur laut Kinabatangan, Sabah.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu lagi. – WD MY