KUALA LUMPUR, 3 Okt – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada
skala Richter melanda Laut Maluku Utara, berhampiran Indonesia pada pukul 11.51
malam tadi, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa bumi berkenaan berpusat 33 km selatan Bitung, Indonesia dan 825km
tenggara Semporna, Sabah, katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan itu akan mengeluarkan maklumat tambahan mengenai gempa bumi itu,
katanya. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY