PUTRAJAYA, 23 Mac – Tergendala……  Perkhidmatab di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini tergendala kira-kira sejam pagi ini berikutan kebocoran gas di aras enam bangunan itu.

JPN dalam satu kenyataan berkata semua perkhidmatan kembali beroperasi pada jam 9.45 pagi selepas bomba mengesahkan semua aras bangunan selamat untuk diduduki kecuali tingkat enam yang masih dalam siasatan.

Kira-kira jam 8.45 pagi tadi semua kakitangan JPN serta pelanggan yang datang berurusan diarahkan mengosongkan bangunan selepas berlaku kebocoran gas di aras enam bangunan itu.

“Semua langkah keselamatan sudah diambil JPN dalam menghadapi insiden ini bagi menjamin keselamatan semua pihak,” katanya.

-WD MY