SEREMBAN, 12 Julai – Terbakar….. Sebanyak empat gerai mudah alih yang terletak di bahagian belakang Bazar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) di Jalan Datuk Abdul Rahman di sini, musnah dalam kebakaran, pagi ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Kamaruzaimi Harith berkata kejadian pukul 5.08 pagi itu bagaimana pun tidak menjejaskan struktur bangunan Bazar MAINS.

“Tiada kecederaan dilaporkan manakala punca kebakaran dalam siasatan. Anggaran kerugian RM20,000,” katanya.

Beliau berkata 16 anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban terlibat mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut daripada merebak ke bangunan berhampiran. – WD MY