SUBANG, 10 Okt – Tiada Kena Mengena Dengan Umno Selangor……..Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, mahu kumpulan baju merah dan Bersih 5.0 mematuhi undang-undang negara dan tidak melakukan perhimpunan menyalahi undang-undang.

UMNO Selangor tidak terbabit dengan perhimpunan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia diketuai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, untuk menyekat perhimpunan Bersih 5.0.

“Saya tak mahu ulas lanjut berkaitan perhimpunan itu kerana ia digerakkan NGO. UMNO Selangor tak terbabit dan tiada keperluan untuk saya ulas lebih lanjut,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, di sini, hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY