KUALA LUMPUR 2 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancar saluran pelancongan ASEAN yang pertama di dunia,
GOASEAN di All Asia Broadcast Centre Astro di sini. Menurut Perdana Menteri, saluran GOASEAN itu bakal
melonjakkan lagi industri pelancongan di rantau ASEAN serta merapatkan persahabatan sesama negara anggota.

“GOASEAN mempunyai potensi menjadi sebuah platform antarabangsa dengan menawarkan program-program tentang
10 negara ASEAN.

“Usaha ini menunjukkan betapa kompetitif ASEAN sebagai destinasi pelancongan dan perdagangan serta disokong
infrastruktur kelas dunia,” katanya ketika berucap merasmikan saluran itu – Suraya Ahmad (WD MY)

Berita Selanjutnya Menyusul

LEAVE A REPLY