JOHOR BAHRU, 11 Feb – RASMI…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Program Konsep Get Out The Vote (GOTV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada) di sini.

Beliau dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis yang diiringi Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di majlis itu kira-kira 1.40 tengah hari.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Md Jais Sarday dan beberapa barisan exco negeri.

Program yang diadakan secara tertutup itu dianjurkan oleh BN Pusat dan turut dihadiri kira-kira 800 ketua pusat daerah mengundi. – WD MY