Kenyataan Media GPMS Negeri Selangor

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) merasa terpanggil untuk membuat kenyataan bagi membidas parti Malaysia Chinese Association (MCA) yang mendesak pihak kerajaan untuk mengiktiraf peperiksaan Unified Examination Certificate atau UEC bagi kemasukan ke universiti awam

MCA melalui resolusi mereka dalam Mesyuarat Agung Tahunannya yang ke-63 baru-baru ini telah menggesa pihak kerajaan untuk mengiktiraf Sijil UEC yang dikendalikan oleh badan persendirian menerusi jawatankuasanya iaitu Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Cina

GPMS dengan sekeras-kerasnya menolak sebarang pengiktirafan ke atas peperiksaan UEC, kerana ia tidak menepati piawaian dasar pendidikan kebangsaan kerana menggunapakai kurikulum yang diciplak dari Taiwan. Pengiktirafan kepada UEC bermakna mengenepikan sama sekali dasar pendidikan kebangsaan dan tidak harus wujud dua sistem peperiksaan di negara ini.

GPMS berpendapat, kerajaan tidak harus sama sekali menimbangkan usul MCA berkenaan memandangkan UEC tidak dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan tetapi oleh jawatankuasa yang dilantik, jadi ketelusannya adalah diragui.

Sekiranya lepasa UEC dibenarkan untuk memasuki Universiti Awam (UA), ia adalah tidak adil kepada lepasan SPM dan akan menjejaskan peluang mereka ke UA. Lepasan SPM mesti diberi keutamaan kerana hanya sistem peperiksaan SPM yang menepati piawaian dasar pendidikan kebangsaan.

GPMS juga bertegas bahawa tidak harus wujud pelbagai aliran dalam sistem pendidikan kebangsaan, terutama yang berasaskan kaum.

img_0337

Kepelbagaian aliran pendidikan, ditambah lagi dengan gesaan MCA supaya UEC diiktiraf, akan meruntuhkan integrasi nasional dan memburukkan polemik perkauman di negara ini.

Justeru, GPMS berharap agar pihak kerajaan tidak sama sekali melayaan gesaan pihak MCA agar diberikan pengiktirafan ke atas peperiksaan UEC yang sama sekali bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan.

AZMAN AZEEZ
PENGERUSI GPMS SELANGOR