Grab Malaysia Anjur Pertandingan Durian D24

0
231

 

KUALA LUMPUR, 7 Sept – DURIAN…. Grab kembali menganjurkan pertandingan yang bakal memberi peluang kepada pengguna menikmati durian D24, tahun ini.

Dikenali sebagai ‘The Durian Games’, penganjuran pertandingan kali ketiga itu memerlukan pengguna perkhidmatan berkenaan mengumpul satu mata ganjaran untuk ahli Platinum, manakala 200 mata ganjaran bagi ahli lain.

Penebusan mata ganjaran untuk menikmati keenakan isi durian D24 yang terkenal dengan rona kekuningan dan aroma mengasyikkan itu bagaimanapun hanya sah pada 9 September ini, dari jam 11 pagi hingga 7 malam.

Pengguna Grab boleh mengumpulkan mata ganjaran mulai sekarang dengan menempah perjalanan bagi membolehkan durian D24 pada nilai pasaran RM90 dihantar terus ke rumah.

Sebagai panduan, pengguna diberi lima mata ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan ketika menempah perkhidmatan dengan Grab menerusi transaksi tunai.

Pemberian berganda iaitu 10 mata ganjaran bagi setiap RM1 pula menanti pengguna jika menempah perkhidmatan Grab menerusi GrabPay.

Selaras hasrat menghangatkan suasana pertandingan, #GrabDurian diperluaskan melangkaui Lembah Klang, iaitu mencakupi zon sekitar Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bagaimanapun, pengguna yang tidak berupaya mengumpulkan mata ganjaran mencukupi boleh menikmati durian D24 ditawarkan Grab dengan harga RM30 menerusi GrabPay. – WD MY

Untuk maklumat lanjut, layari www.grab.com/my/blog/durian2017.

#INFO

* Cara menebus #GrabDurian

1. Pilih #GrabDurian di katalog GrabRewards

2. Sahkan pilihan untuk menebus mata ganjaran percuma GrabDurian sebelum kod promosi akan diberikan.

3. Masukkan lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.

4. Pastikan kaedah pembayaran ditetapkan pada GrabPay (Pengguna tidak akan dicaj apabila menebus mata ganjaran menerusi GrabDurian).

5. Pilih ikon #GrabDurian dan tekan butang tempah sekarang.