Green Kit Kepada Penghuni PPR Seri Semarak Sempena Program Tautan Ceria

Green Kit Kepada Penghuni PPR Seri Semarak Sempena Program Tautan Ceria

1200
0

KUALA LUMPUR 16 Feb – Terima Peralatan ……. Lebih 200 unit green kit diagihkan kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Setapak, di sini hari ini bersempena program Tautan Ceria anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki berkata, program itu bertujuan mendidik warga PPR supaya memelihara dan menjaga alam sekitar selain mengalakkan aktiviti bercucuk tanam.

“Untuk tahun ini, aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mengetengahkan konsep pertanian serta menyasarkan golongan B40 dalam usaha membantu meringankan kos sara hidup mereka,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di PPR Seri Semarak.

Projek rintis teknologi pertanian itu melibatkan tujuh kawasan PPR iaitu PPR Seri Semarak, PPR Batu Muda, PPR Pantai Ria, PPR Laksamana, PPR Wahyu, PPR Perkasa dan PPR Seri Alam.

Tambah Anggraini Sentiyaki, program berkenaan mendapat kerjasama dari Yayasan Wilayah Persekutuan, DBKL serta Mardi.

“Pelaksanaan program CSR tahun ini bertemakan “Tautan Ceria” mendapat sokongan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Wilayah Persekutuan, Mardi serta Persatuan Penduduk.

“Ia mengunapakai sistem penanaman Greenkit daripada Mardi serta ditanam tumbuhan  herba serta sayur-sayuran,” kata Anggraini.