KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kekal 6 %….. Kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kekal pada enam peratus pada 2017, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berucap membentangkan Bajet 2017 di dewan Rakyat hari ini, beliau mengumumkan sehingga 19 Okt, kerajaan berjaya mengutip RM30 bilion GST.

“Saya mahu menegaskan, ‘janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Ini cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali,” katanya.

Kerajaan juga mencadangkan golongan kurang upaya, termasuk anggota entiti kebajikan swasta (PCE) memperoleh manfaat daripada pelepasan GST.

Kerajaan mencadangkan pelepasan GST diberikan terus kepada pemegang kad OKU yang sah ke atas peralatan diluluskan, yang diperoleh daripada pembekal yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. – WD MY