SHAH ALAM, FEB 25 – CUKAI…Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan menyusun semula sistem percukaian untuk memperkenal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan pendapatan yang kukuh untuk negara.

Perdana Menteri memberitahu 164 negara di dunia telah melaksanakan GST, dan Malaysia merupakan antara ekonomi yang mengenakan kadar terendah di dunia.

“Jiran kita, Singapura, baru-baru ini mengumumkan akan meningkatkan kadar GST kepada sembilan peratus, ada negara tetangga kita menetapkan 10 peratus dan India, sebagai contoh mempunyai empat peringkat (cukai),” katanya pada Malam Gala Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2018.

Untuk makluman,kira-kira 500 item dan perkhidmatan termasuk bidang kesihatan dan pendidikan diberi penarafan sifar. – MY WD