PUTRAJAYA, 31 Mei – GST Penyelamat Ekonomi……Walaupun pernah dikritik hebat dan dijadikan modal politik ketika awal pelaksanaannya, kini Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST mula diterima rakyat dan pelbagai pihak.

Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ia berikutan kesedaran yang timbul terhadap manfaat dan kepentingan GST sebagai penyelamat kepada ekonomi negara.

” Walaupun kita dikritik oleh sesetengah pihak tapi lama kelamaan semakin ramai rakyat yang sedar langkah itu sebagai penyelamat ekonomi lagipun bila kita dah kutip GST kita dapat RM27.01 bilion dan jangkakan RM39 bilion tahun ini dan dapat pulangkan semula kepada rakyat sebab itu projek utama negara kita masih mampu kita laksanakan”, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC 2015 Perbendaharaan Malaysia.

Seramai 81 penerima layak mendapat anugerah berkenaan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY